Blogger Backgrounds
By the pen and what they inscribe (68:1)
sebatang pensel buruk lagi berkarat yg mencatit liku-liku kehidupan seorang yang bergelar hamba Allah

Wednesday 31 August 2011

perbezaan antara cara kita dan Rasullulah berjalan..

Abu hurairah r.a meriwayatkan:"saya tidak pernah melihat apapun yang lebih  indah daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah matahari beredar di wajahnya.Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih cepat daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda.Sungguh,kami harus memaksa(untuk berjalan seperti itu)dan beliau tidak peduli(terhadap rasa lelah kami).

Well,well,well..setelah membaca riwayat di atas,ape yang korang rasa perbezaan generasi akhir zaman dengan umat-umat terdahulu???Ya,betul tu...orang sekarang ni suka buang masa,,jalan dengan sangat lembap.Kadang-kadang tu aku rase cam nak tolak orang cam tu jalan cepat-cepat.Okayy..orang yang macam ni memang cukup-cukup annoying..sehingga kalau siput babi yang tengok pun tergelak-gelak sebab jalan lagi lembap dari dia.Bila aku suruh kawan aku jalan cepat sikit,diaorang cakap''takkan lari gunung dikejar'',memang lah gunung tu takkan lari,tapi cuba bayangkan jika kita jalan macam kura-kura yang terkena serangan athma,berapa lama masa yang diperlukan untuk ke gunung itu??Bukannyer aku suruh jalan macam ribut sampai orang tengok fikir dua kali,"dia ni jalan ke terbang?"cuma cuba kita lihat kebaikan jalan dengan pantas.Pertama,sudah semestinya mensavekan masa kita yang cukup berharga itu.Yang kedua,kalau nak tau,jalan dengan laju dan banyak boleh menguruskan badan.Kalau tak caye,try lah..g jalan keliling manjoi tanpa henti selama 3 hari...haaaa..confirm korang nampak macam pesakit kwashiorkor(mase tu jangan pulak nak serang bakar rumah aku pulak ehh?)Yang ketiga,kita dapat menjaga mata kita daripada melihat bende-bende yang mungkar..yelah kalau kau dah jalan laju macam cheetah manelah kau sempat nak pandang kirikanan ye tak??takdelah dapat dosa percuma tak tentu hala.And last but not least,kita dapat mengikut peribadi Rasullulah s.a.w.Tapi bagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang pakai tongkat dan ada panyakit ketar lutut tu tak payahlah jalan laju.Anda dapat dimaafkan.Kang hilang pulak lutut tu jalan laju-laju.hehe.

p/s:kerana dirimu begitu berharga.;p

Sunday 28 August 2011

Layakkah berhaRi rAya??

salam Satu malaysia,sAlam satu Ummah.,,

Harini pensel buruk lagi berkarat nak mengupas tentang isu HaRI RaYA memandangkan esok raya dan pen buruk lagi berkarat ni rasa gatai aje tangan nak menulis tu,,jadi itulah dia tajuknya pada hari ini.Ya,walaupun cik pensel buruk lagi berkarat ini tahu yang beliau tidak mengemaskan dan melengkapkan blognya,tapi dia terlebih teruja dan gedik tahap tak boleh nak ditahan lagi sebab baru buat blog.Jadi kita boleh umpamakan beliau seperti kera yang baru nak belajar makan cadbury hazel yang lazat lagi lemak berkrim(astaghfirullah,batai pose aku..)

OK...berbalik pada isu tadi,,mata cik pensel ni doklah tengok amboii makcik-makcik la ni tengah dok rakuih buat preparation nak raya macam-macam nak buat.Kuih raya nak taruh sedozen,langsir raya lip-lap-lip-lap,ni ha tak campur lagi pakaian dari ataih hingga bawah tuu dia labuci penuh sampai tak nampak fabrik dia....tu dia siap buat pertandingan ngan jiran kusyen sapa lagi besaq..,apa kurangnya anak-anak dia,baju,kain,seluaq dalam pon nak bereben...padahal bukannye orang nampak pon,kan?

haaaaaa..tuu  dia kan aku dah habaq sedozen??

Tapi kalau kita fikirkan balik,,amalan kita time posa tu tak gempak segempak preparation nak raya....terawikh seminggu sekali..sebulan??4 kali ja...baju??30 pasang tak masuk under/upper/lower wear lagi..Aidilfitri itu bermaksud kita kembali kepada fitrah..ala..macam lahir semula lah..suci,murni..SESUCI TOP!tapi puasa la ni disalahertikan...tak ramai yang boleh jaga hati..mana taknya...jaga hati time posa ja...raya pertama tuu dok ngumpat balik..baik tak payah!itupon kalau kita g baazar ramadhan,,bkan tak leh tengok belambak cikaroo yang nak tunjjukkan ke-karooan diorang tu...dedah sana,lubang sini,tobek situ..baiklah kau takyah puasa,nyahh!!lagi satu,posa ni tujuannya untuk kita merasai camana budak-budak afrika yang kuruih kering takdapat makan...(maksudnya org-org yg susah nak mkn)...ni kita yang "sihat-sihat"
belaka ni dok membaziaq...gi baazar dok beli ayam 40 ketoi,air satu balang...nanti bukak  posa tak habihh pon..lagi tak larat gi terawih ada..SO,,adakah HAri Raya ini untuk orang yang hanya tak makan dan minum di bulan Ramadhan atau ianya EXCLUSIF untuk orang yang benar-benar BERPUASA sahja?

ni disebabkan lack of protein..kat negara kita ikan belambak siap cecah sambai belacan lagi..
p/s:sapa yang makan cili terasa pedasnya termasuk aku sebab sahur tadi makan cili cecah sos.kuang3x

salam alaik..,

Harini,pada saat ini,tarikh ini,bersaksikan kipas angin jenama SHARPku ini,akhirnya sejarah telah tercipta.Aku telah membuat sebuah blog yang bakal dipenuhi oleh contengan-contengan ku,hatta kadangkala ianya boleh jadi baik bagimu,kadangkala ianya boleh jadi terbalik bagimu...(hehe).Dengan hati yang berbunga-bunga ros,mata yang terkedip-kedip seperti orang yang terkena kenan....,,aku secara rasminya memperkenalkan blogku.....(bunyi drum) ..SEBATANG PENSIL......walaupun aku tulis pakai keyboard dan bukannyer pensil..tapi anggaplah aku ni sebatang pensil buruk lagi berkarat..(buruk-buruk ada makna,k?).Faham ke ayat sastera tahap kronik aku tu?..kalau tak faham terlebih makan ubat gigi le tu...haha...dah lar tu melalutnyer...sebagai penutup kpd pembukaan blog teragung 2011 ini(=='')aku ada pantun untuk kamu-kamu:

BUah cempeLak Li luar pagar,
Ambil ler GAlah loloNG jolok-JOlokkan,
Saya ni BUlak Balu BElajar...
Kalau SAlah tolong le tunjuk-tunjuk NYe Punnn....

aSSalamualaikum...