Blogger Backgrounds
By the pen and what they inscribe (68:1)
sebatang pensel buruk lagi berkarat yg mencatit liku-liku kehidupan seorang yang bergelar hamba Allah

Thursday 29 September 2011

Aku dan Mr.Brilliant

Assalammualaikum,

sejak daripada kurun keberapa entah aku dah tak update blog ni.Blog yang sudah sedia buruk,bertambah buruk,aku yang sibuk bertambah sibuk.Ya,aku memang sibuk.Sangat sibuk.Betul-betul sibuk.(berapa kali aku mention ayat ''sibuk''??)Maksudnya aku memang sibuk.(mention lagi!)


Exam semakin hari semakin hampir.Aku yang hanyut dibuai mimpi indah terus terlena.Syukurlah,aku mendapat kesedaran bahawa ''hidup tak seindah fantasi'' lebih awal.Maksudnya,aku dah bertukar daripada seorang yang pemalas dan memang liat nak baca buku(serious liat,ayam pencen lagi empuk!)kepada seorang yang agak rajin membaca buku(kalau ulat buku..=.=yuck.)Bukan itu point yang aku nak sampaikan.Sengaja aku selitkan perkembangan yang membanggakan diriku.(ngeh-ngeh-ngeh..baru satu yang positif,ada 10 yang negatif!cehh!)


Aku cakap awal-awal la...entry ni memang panjang..so kepada sesiapa yg nak membaca..baik pi kencing dulu ke,minum ke,makan ke.,sebab non-stop okayy??sebenarnya point yg aku nak tulis ni mengenai kejealousan aku terhadap seorang Mr.Brilliant kat kelas aku.Aku pun naik hairan macammana dia boleh begitu bijak sedangkan nak kata pegang buku 24/7 tu takde jugakk..nak kata nerd.,,lagilah tak..So,dek kerana keiirian hatian aku yang meluap-meluap ni,aku pun cuba memasukkan jarumku yang tajam lagi berbisa ini.Aku rasa dia perasan yang aku cuba menjadi Karam Singh Walia(maaf en.Karam.,,saya tak berapa prihatinkan nama encik.)


Di sini bermulanya penjaruman aku:

Aku:wei,Mr.B,ce ko citer sikit apekah rahsianya menjadi pelajar brilliant.Yelahh,aku tengok otak ko ni bukan  setakat cair,lebur lembik dah ha.Ko buat apa ek kat rumah??(ni ayat intro ni...)

Mr.B:ouhh..balik aje rumah,aku makan,mandi pastu tido...petang2 sikit aku main bola..pastu maghrib balik solat pastu tengok naruto..bla,bla,bla(aktiviti yg langsung takde kaitan dgn belajar)

Aku:hok aloh!!aku cepuk-cepuk jugak ko kang!Bagi ar tau betul2!Aku baca buku tak masuk-masuk otak kot!ko ingat aku suka2 je ke nak tanya.kalau aku brilliant cam ko,takde maknanya!(berkobar-kobar)

Mr.B:ermm,,aku tau ko rajin,tapi ada satu yg kureng..

Aku:ape??ape??(curious sampai lupa nak cover muka yg dah terhodoh)

Mr.B:BERKAT!!!!!!!!

Aku:(hilang sabar)Apehel pulakk tak berkat??!!weyhh ko ni aku sedap mulut je eeh??aku sembahyang tak pernah miss,sebelum pi sekolah aku cium tangan mak ngan abah aku,masuk pagar sekolah tuu mula ngan kaki kanan!!siap baca bismillah lagi!kurengg tol!

Mr.B:aku tau..aku tau..tapi ce ko flashback bal-ik,masa cikgu mengajar..apalagi subject ADD MATH,ko 100% dengar ke?Dah la mulut cam penjua insuran tak reti nak diam.pot-pet-pot-pet.kalau ko balik rumah baca sedozen buku pon..ilmu yg ko dpt takkan sama dgn apa yg kau akan dapat kat kelas,bla..bla..bla(nasihat seorang yang berjaya...Kami tabik!!)

Aku:_______- ~~ohh!!di sisi mu aku terdiam seribu bahasa,,kena attack macam peluru machine gun saja..,namun sukar untuk ku membidas kata-katamu itu,kerna semuanya benar~~~-maaf nera,aku telah merosakkan lagu sulung kau--

p/s:sejak itu aku telah berjanji akan berhenti menjadi penjual insuran dan sedar yang aku tak sebrilliant dia sebab aku tak focus masa cikgu mengajar..maafkan daku,Pn Norma..wuwuwuwuw~

Tuesday 20 September 2011

assalammualaikum,,
sekian lama aku tidak menconteng di blogku ini....al-maklumlah,kini aku sudah terputus bekalan Internet.ohh!!sungguh menyeksakan pabila Internet yang telah pun ku anggap sebagai darah dagingku sendiri..pergi meninggalkan diriku..cewahh..cewahh..bukan main dramatis aku sekarang ni sejak aku perasan bagus yang aku ni hebat buat karangan(cehh.-.-'')..Tapi itu semua tidak penting..sebab aku dah dapat sumber tu balik walaupun untuk beberapa jam..

okayy...apakah tajuk kita hariini??sebenarnya aku pun tak tahu menahu.Aku cuma ikut je apa kata jari jemariku.Kalau dia nak tulis ''A'',maka itulah yang akan muncul..disebabkan belakangan ini aku lebih banyak menonton tv berbanding membaca benda yang berfaedah*salahkan astro sebab tayang citer best banyak sangat,maka bolehlah dikatakan entry kali ini tidak berguna lebih tepat lagi,ianya sampah sarap.*oh yee lupa pulak aku..dalam entry yg lepas aku ada cakap nak tulis 6 cara mencari ketenangan,tapi aku tulis 4 je..itu disebabkan jibun-jibun di sekelilingku yang mengacau konsentrasi aku..jadi aku pun dah terlupa yang aku tulis 4 ke 6..terus publish je..


berbalik kepada hal yang tak berapa nak penting kita tadi,haritu entah bila hari dan waktunya,yang aku tahu tengahhari..adalah makcik- makcik ni datang bertandang kat rumah aku*kawan opah aku la..Aku yang tengah syok tengok citer hindustan kat tv 3 terpaksalah berhenti tengok,kene buat air.aduss!!memang potong stim betullah mak cik ni kann??tengah sedap-sedap layan golek-golek citer hindustan tu...Tapi takpe.disebabkan aku teringat kata-kata ustaz Kazim: "kalau kita layan tetamu dengan baik,dosa-dosa kita akan keluar bersama tetamu itu dan berguguran di jalanan."Itu jelah yang buat aku bersabar dengan makcik ni...tapii..masa aku tengah buat air,aku terdengar adegan kutuk mengutuk sedang berjalan dengan gemilangnya di ruang tamu..aku yang memang semulajadi ''busy body''pun curik-curik dengar.*teruk,kan??Tak berapa clear..tapi jelas yang diorang sedang memakan daging saudaranya sendiri*maksud aku faham-faham lah kan..bukannya aku cakap diorang tu pontianak kelaparan yang cari daging manusia untuk diratah..tapi mengumpat!cewahhh..cewahhh!!nasib baik opah aku tak cakap apa-apa,cuma dengar je..

Cuma tulah yang aku nak cakap,diorang ni nak tolong bawak aku dosa keluar ke,nak bawak masuk dosa diorang kat rumah aku?kalau sekadar datang nak bercakap perkara yang sia-sia,tak payahlah tunjuk baik konon-konon nak berziarah..kalau dah rasa sedap sangat makan daging saudara sendiri,tak perlu nak kongsikan daging tu dengan orang lain.

p/s:lain kali jangan datang rumah orang bawak perkataan yang sia-sia,bawak lah kuih ke,buah ke kan sedap dimakan, takdelah mengabihkan borehh je nak hidang-hidang untuk tetamu,tapi tetamu pulak bagi sebakul dosa untuk tuan rumah.Tak payah ziarah pun tak pe kalau cenggitu.

Thursday 8 September 2011

6 cara meraih ketenangan

Assalamualaikum..,
Setelah beberapa hari cik pensel buruk lagi berkarat mengalami keadaan stress menonggeng,makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah akibat ketandusan idea bernas untuk dimuntahkan ke blog buruk lagi lame ni..(ok,aku tipu sebenarnye..takde lah teruk sangat sampai camtu..tetap bernafsu untuk makan,,tetap tidur nyenyak siap mimpi mandi kat Lost world lagi!)...tapi itu semua tak penting...Akhirnya,,,akhirnya setelah menghadapi hari-hari yg penuh onak duri,akhirnya aku rasa nak tulis pasal 6 cara mendapatkan ketenangan jiwa raga bakul segala!dan kali ni entry ini bermotif,ok!                                                                                                 


Nak tahu apa rahsia orang-orang yang sentiasa bersifat ''cool''...walaupun kau ludah kat kasut dier..dier tetap sabar,,walaupun kau curah air kopi/sirap/laici kat baju Paddini dier tetap selamba  je...walaupun ombak,ribut,badai,taufan bahkan tsunami melanda sekalipun..dier masih tersenyum-senyum(ohh!yang ni sudah melampau,kalau tsunami datang pon senyum..aku tak tau lah ilmu ape yang die pakai..)Inilah tips-tip:


1.Mencari redha Allah
Rasullulah s.a.w bersabda:''Sesiapa yang mampu menahan marah sedangkan dia berkuasa untuk melaksanakannya,Allah s.w.t akan memanggilnya pada hari kiamat kelak di hadapan khayalak ramai dan menyuruhnya memilihbidadari mana yang dikehendakinya.''....gempak kan ganjaranNya.??oleh itu sebelum nak marah tu ingatlah bidadari cantik jelita sedang menunggumu di syurga..ohh!!.


2.Tidak berdendam malah mendoakan
Kata hukama:''menanggung karenah orang yang tidak cerdik itu lebih baik daripada turut bersifat dengan sifatnya dan memejamkan mata(jangan layan) karenah si jahil itu lebih baik dari turut sama bergelumang dengan mereka.''haaaa..kalau ade orang nak cari pasal dengan korang korang buat bodoh je sebab kalau korang buat bodoh,nanti dia ingat korang pun bodoh macam dier jugak,so takdelah adegan tunjuk sapa lebih cerdik berlaku..cool kan?


3.Memaafkan orang lain
Tahukah kamu wahai anak-cicit Adam,setiap kali kamu memaafkan orang lain,itu bermakna kamu membasuh hati kamu?(ceewahh ayat!!).Bila malam sebelum tidur,bersihkanlah hati dengan memaafkan orang yang telah membuat onar kat korang,pastu tutuplah mata..InsyaAllah korang akan dapat tidur yang tenang dan mengasyikkan....cuba bayangkan kalau kita terus simpan dendam..bukan setakat hati kita yang membusuk,tapi hidup kita juga takkan tenteram..pagi petang siang malam asyik terbayang-bayang muka orang tu,kan dah kene penyakit gila bayang??


4.Mengingati kebaikan orang lain walaupun sedikit
Imam al-Syafie mengatakan:''Orang yang merdeka itu ialah mereka yang menjaga kemesraan dan kasih sayang yg diperoleh oleh orang lain walaupun tidak lama dan menganggap dirinya murid kepada orang yang memberi faedah dan ilmu kepadanya walaupun sepatah kalimah.''....Cuba jadi orang yang positif..bila korang marah kat seseorang tu ingat balik..


''ehh,,si gayah ni walaupun dia suka pow duit aku hari-hari,tapi masa aku terkena cirit birit haritu..dia yang tolong carikan tandas untuk aku...''


kan lebih tenang kalau setiap kali kita nak marah tapi bila teringat jasa baik orang tuu walaupun dia cuma bagi korang pinjam 20 sen masa korang takde duit nak call ayah korang suruh ambik kat sekolah..tapi fikir..kalau bukan si melah ni lah yg bagi aku 20 sen tu..mesti aku dah kene jalan kaki sejauh 20 kilometer(melampau!) nak balik rumah..


SO,untuk meraih ketenangan..elakkan marah-marah..banyakkan senyum-senyum ok?

p/s:sabar itu indah

Monday 5 September 2011

Takdak topic bernas

Assalamualaikum,
Hmm..harini tak rasa nak tulis bende yang heavy-heavy..kita relax-relax sikit.Yolah,den tengok blog den ni ha sorius bona.den tengok pon den takot ni ha(uikss..lain macam beno loghat nogori aku..rosakk-.-'').So,aku nak promote lagu-lagu yg aku selalu dengar sebagai halwa telinga(uikss..koje aku kat blog ni asyik dok promote je..sah mmg takde keje,ish..ishh..kesian kat dia ni..).Tapi kebanyakan lagu yang aku suka lagu lama-lama je...ada gak lagu baru tapi sikit je lah..Yolahh...,,aku ni kan old school,,tak up-to-date,,skema..manelah nak tau lagu  hebat-hebat kauorang tuh...

TENG~TERENG~TENG~~

#1.Perpisahan Ini-1st Edition feat Aizat
hui-hui-hoi-hoi...aku minat lagu ni gilagila sampai tahap yang aku sendiri pon tak pasti tahap keberapa entah tapi bila aku dengar lagu ni aku akan tergamam seperti orang yang tertelan tulang ayam>.<(ninoninonino....call tanjung rambuts atan...ada orang kene sawan...)

#2.Cukup Indah-Alif Satar
uuu-aaa-ohhh....uhokk!!yea..yea..aku tahu lagu ni sdikit jiwang bungabunga tapi kalau kita tujukan lagu ni khas untuk makayah- ibubapak- bondaabah- umiwalid mesti lagu ni akan jadi lebih indah haa  bukan setakat bunga bahkan kumbang,lebah,ramarama haa kau cakap je apa kau nak segala jenis flora dan fauna pon ade..

#3.Ku Bahagia-Melly Goeslow(sek baik tak ter-eja coeslow..piuuhhh)
chochcho..dasyat lagu ni...impak dier pada aku,,puhh...perghh..poohhh..pehh!! bukan nak cakap la kakak abang adik,,memang bahagia rasa duduk kat tepi pantai sambil menikmati lemon ice tea bersama angin sepoi-sepoi di bawah lindungan awan nano..(huishh,ayat tak menahan..jangan tiru dalam karangan ye adik-adik..tak pasal pasal dapat sepakan lajulaju ala-ala jepun dari cikgu kamu>o<)

#4.Binabbil Huda
woa..woa...lagu ni beshh  beshh dahlar penyanyi dier suara lembut macam span(haha..gilakk ahh aku ni..selamba badak je cakap suara orang macam span).Pastu musik dia mendayu-dayu macam nak dodoikan orang tido so aku tak boleh pasang lagu ni masa study kang bukannya aku yang buat mind map...air liur aku yang tolong buatkan peta dunia kat buku tu...(muahaha)

Dah lar tu..itu je lagu yang aku rasa memang kebabom  untuk didengar.Tak suka tak pe.Lain telinga,lain citerasa,tak gituu??..telinga masing-masing.Manakan sama telinga saya dengan telinga anda?

p/s:haaa...inilah yang aku maksudkan dalam first post aku..adakalanya blog ini baik bagimu adakalanya boleh jadi terbalik bagimu..sokorang judge ler sendiri yang mne satu..

Sunday 4 September 2011

Boleh buat maksiat,dengan syarat....

Salam...okayy untuk entry kalini cik pensel buruk lagi berkarat taknak melalut-lalut macam entry yang lepas-lepas...Ya,kali ini wayar otak beliau sudah kembali normal.Mungkin untuk beberapa minit,agaknye...enough..enough..sebenarnya,saya baru terbaca satu artikel daripada majalah solusi isu 33..(promote..promote..belilah solusi ye!!)Setelah membaca artikel tersebut,,ianya memberi keinsafan zahir dan batin kepada saya dan saya rasa amat bagus untuk dikongsikan kepada kalian sekalian alam(heee...)
percayalah..majalah ini lebih bagus daripada majalah Manga..

Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yg dlm perjalanan utk mencari hidayah tlh bertemu dengan seorang sufi yg hebat,iaitu,Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kpada beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahm Adham: ''kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:

  1. Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
  2. Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yg tinggal di bumi Allah melakukan maksiat kepadaNya.
  3. Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak kamu.
  4. Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada malaikat itu agar menagguhkan sedikit masa supaya kamu sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat membuat perkara tersebut,maka dipersilakan membuat maksiat.
  5. Sekiranya malaikat Zabaniah(penjaga neraka)hendak mengheretmu ke dlam neraka,katakan kepadanya yang kamu tidak akan mengikutinya..Sekiranya engkau dapat membuat perkara tersebut,maka dipersilakan membuat maksiat.
Setelah mendengar kata-kata tersebut,lelaki itu menangis dan menyedari bahawa tidak layak bagi hamba Allah melakukan maksiat kepadaNya.At last,dia telah pun mendapat hidayah Allah....

p/s: insaf tak,insaf tak??

Wednesday 31 August 2011

perbezaan antara cara kita dan Rasullulah berjalan..

Abu hurairah r.a meriwayatkan:"saya tidak pernah melihat apapun yang lebih  indah daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah matahari beredar di wajahnya.Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih cepat daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda.Sungguh,kami harus memaksa(untuk berjalan seperti itu)dan beliau tidak peduli(terhadap rasa lelah kami).

Well,well,well..setelah membaca riwayat di atas,ape yang korang rasa perbezaan generasi akhir zaman dengan umat-umat terdahulu???Ya,betul tu...orang sekarang ni suka buang masa,,jalan dengan sangat lembap.Kadang-kadang tu aku rase cam nak tolak orang cam tu jalan cepat-cepat.Okayy..orang yang macam ni memang cukup-cukup annoying..sehingga kalau siput babi yang tengok pun tergelak-gelak sebab jalan lagi lembap dari dia.Bila aku suruh kawan aku jalan cepat sikit,diaorang cakap''takkan lari gunung dikejar'',memang lah gunung tu takkan lari,tapi cuba bayangkan jika kita jalan macam kura-kura yang terkena serangan athma,berapa lama masa yang diperlukan untuk ke gunung itu??Bukannyer aku suruh jalan macam ribut sampai orang tengok fikir dua kali,"dia ni jalan ke terbang?"cuma cuba kita lihat kebaikan jalan dengan pantas.Pertama,sudah semestinya mensavekan masa kita yang cukup berharga itu.Yang kedua,kalau nak tau,jalan dengan laju dan banyak boleh menguruskan badan.Kalau tak caye,try lah..g jalan keliling manjoi tanpa henti selama 3 hari...haaaa..confirm korang nampak macam pesakit kwashiorkor(mase tu jangan pulak nak serang bakar rumah aku pulak ehh?)Yang ketiga,kita dapat menjaga mata kita daripada melihat bende-bende yang mungkar..yelah kalau kau dah jalan laju macam cheetah manelah kau sempat nak pandang kirikanan ye tak??takdelah dapat dosa percuma tak tentu hala.And last but not least,kita dapat mengikut peribadi Rasullulah s.a.w.Tapi bagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang pakai tongkat dan ada panyakit ketar lutut tu tak payahlah jalan laju.Anda dapat dimaafkan.Kang hilang pulak lutut tu jalan laju-laju.hehe.

p/s:kerana dirimu begitu berharga.;p

Sunday 28 August 2011

Layakkah berhaRi rAya??

salam Satu malaysia,sAlam satu Ummah.,,

Harini pensel buruk lagi berkarat nak mengupas tentang isu HaRI RaYA memandangkan esok raya dan pen buruk lagi berkarat ni rasa gatai aje tangan nak menulis tu,,jadi itulah dia tajuknya pada hari ini.Ya,walaupun cik pensel buruk lagi berkarat ini tahu yang beliau tidak mengemaskan dan melengkapkan blognya,tapi dia terlebih teruja dan gedik tahap tak boleh nak ditahan lagi sebab baru buat blog.Jadi kita boleh umpamakan beliau seperti kera yang baru nak belajar makan cadbury hazel yang lazat lagi lemak berkrim(astaghfirullah,batai pose aku..)

OK...berbalik pada isu tadi,,mata cik pensel ni doklah tengok amboii makcik-makcik la ni tengah dok rakuih buat preparation nak raya macam-macam nak buat.Kuih raya nak taruh sedozen,langsir raya lip-lap-lip-lap,ni ha tak campur lagi pakaian dari ataih hingga bawah tuu dia labuci penuh sampai tak nampak fabrik dia....tu dia siap buat pertandingan ngan jiran kusyen sapa lagi besaq..,apa kurangnya anak-anak dia,baju,kain,seluaq dalam pon nak bereben...padahal bukannye orang nampak pon,kan?

haaaaaa..tuu  dia kan aku dah habaq sedozen??

Tapi kalau kita fikirkan balik,,amalan kita time posa tu tak gempak segempak preparation nak raya....terawikh seminggu sekali..sebulan??4 kali ja...baju??30 pasang tak masuk under/upper/lower wear lagi..Aidilfitri itu bermaksud kita kembali kepada fitrah..ala..macam lahir semula lah..suci,murni..SESUCI TOP!tapi puasa la ni disalahertikan...tak ramai yang boleh jaga hati..mana taknya...jaga hati time posa ja...raya pertama tuu dok ngumpat balik..baik tak payah!itupon kalau kita g baazar ramadhan,,bkan tak leh tengok belambak cikaroo yang nak tunjjukkan ke-karooan diorang tu...dedah sana,lubang sini,tobek situ..baiklah kau takyah puasa,nyahh!!lagi satu,posa ni tujuannya untuk kita merasai camana budak-budak afrika yang kuruih kering takdapat makan...(maksudnya org-org yg susah nak mkn)...ni kita yang "sihat-sihat"
belaka ni dok membaziaq...gi baazar dok beli ayam 40 ketoi,air satu balang...nanti bukak  posa tak habihh pon..lagi tak larat gi terawih ada..SO,,adakah HAri Raya ini untuk orang yang hanya tak makan dan minum di bulan Ramadhan atau ianya EXCLUSIF untuk orang yang benar-benar BERPUASA sahja?

ni disebabkan lack of protein..kat negara kita ikan belambak siap cecah sambai belacan lagi..
p/s:sapa yang makan cili terasa pedasnya termasuk aku sebab sahur tadi makan cili cecah sos.kuang3x