Blogger Backgrounds
By the pen and what they inscribe (68:1)
sebatang pensel buruk lagi berkarat yg mencatit liku-liku kehidupan seorang yang bergelar hamba Allah

Wednesday 31 August 2011

perbezaan antara cara kita dan Rasullulah berjalan..

Abu hurairah r.a meriwayatkan:"saya tidak pernah melihat apapun yang lebih  indah daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah matahari beredar di wajahnya.Saya juga tidak pernah melihat seseorang yang berjalan lebih cepat daripada Rasullulah s.a.w,seolah-olah bumi dilipat untuk Baginda.Sungguh,kami harus memaksa(untuk berjalan seperti itu)dan beliau tidak peduli(terhadap rasa lelah kami).

Well,well,well..setelah membaca riwayat di atas,ape yang korang rasa perbezaan generasi akhir zaman dengan umat-umat terdahulu???Ya,betul tu...orang sekarang ni suka buang masa,,jalan dengan sangat lembap.Kadang-kadang tu aku rase cam nak tolak orang cam tu jalan cepat-cepat.Okayy..orang yang macam ni memang cukup-cukup annoying..sehingga kalau siput babi yang tengok pun tergelak-gelak sebab jalan lagi lembap dari dia.Bila aku suruh kawan aku jalan cepat sikit,diaorang cakap''takkan lari gunung dikejar'',memang lah gunung tu takkan lari,tapi cuba bayangkan jika kita jalan macam kura-kura yang terkena serangan athma,berapa lama masa yang diperlukan untuk ke gunung itu??Bukannyer aku suruh jalan macam ribut sampai orang tengok fikir dua kali,"dia ni jalan ke terbang?"cuma cuba kita lihat kebaikan jalan dengan pantas.Pertama,sudah semestinya mensavekan masa kita yang cukup berharga itu.Yang kedua,kalau nak tau,jalan dengan laju dan banyak boleh menguruskan badan.Kalau tak caye,try lah..g jalan keliling manjoi tanpa henti selama 3 hari...haaaa..confirm korang nampak macam pesakit kwashiorkor(mase tu jangan pulak nak serang bakar rumah aku pulak ehh?)Yang ketiga,kita dapat menjaga mata kita daripada melihat bende-bende yang mungkar..yelah kalau kau dah jalan laju macam cheetah manelah kau sempat nak pandang kirikanan ye tak??takdelah dapat dosa percuma tak tentu hala.And last but not least,kita dapat mengikut peribadi Rasullulah s.a.w.Tapi bagi makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang pakai tongkat dan ada panyakit ketar lutut tu tak payahlah jalan laju.Anda dapat dimaafkan.Kang hilang pulak lutut tu jalan laju-laju.hehe.

p/s:kerana dirimu begitu berharga.;p

No comments:

Post a Comment