![]() |
percayalah..majalah ini lebih bagus daripada majalah Manga.. |
Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi,diceritakan berkenaan seorang lelaki yg dlm perjalanan utk mencari hidayah tlh bertemu dengan seorang sufi yg hebat,iaitu,Ibrahim Adham.
Beliau bertanya,apakah ada ruang kpada beliau untuk melakukan maksiat.
Lalu dijawab oleh Ibrahm Adham: ''kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat:
- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makan rezeki Allah derhaka kepada Allah.
- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yg tinggal di bumi Allah melakukan maksiat kepadaNya.
- Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak kamu.
- Sekiranya malaikat maut datang hendak mencabut nyawamu,maka katakanlah kepada malaikat itu agar menagguhkan sedikit masa supaya kamu sempat bertaubat.Sekiranya engkau dapat membuat perkara tersebut,maka dipersilakan membuat maksiat.
- Sekiranya malaikat Zabaniah(penjaga neraka)hendak mengheretmu ke dlam neraka,katakan kepadanya yang kamu tidak akan mengikutinya..Sekiranya engkau dapat membuat perkara tersebut,maka dipersilakan membuat maksiat.
p/s: insaf tak,insaf tak??
No comments:
Post a Comment