Blogger Backgrounds
By the pen and what they inscribe (68:1)
sebatang pensel buruk lagi berkarat yg mencatit liku-liku kehidupan seorang yang bergelar hamba Allah

Tuesday 20 September 2011

assalammualaikum,,
sekian lama aku tidak menconteng di blogku ini....al-maklumlah,kini aku sudah terputus bekalan Internet.ohh!!sungguh menyeksakan pabila Internet yang telah pun ku anggap sebagai darah dagingku sendiri..pergi meninggalkan diriku..cewahh..cewahh..bukan main dramatis aku sekarang ni sejak aku perasan bagus yang aku ni hebat buat karangan(cehh.-.-'')..Tapi itu semua tidak penting..sebab aku dah dapat sumber tu balik walaupun untuk beberapa jam..

okayy...apakah tajuk kita hariini??sebenarnya aku pun tak tahu menahu.Aku cuma ikut je apa kata jari jemariku.Kalau dia nak tulis ''A'',maka itulah yang akan muncul..disebabkan belakangan ini aku lebih banyak menonton tv berbanding membaca benda yang berfaedah*salahkan astro sebab tayang citer best banyak sangat,maka bolehlah dikatakan entry kali ini tidak berguna lebih tepat lagi,ianya sampah sarap.*oh yee lupa pulak aku..dalam entry yg lepas aku ada cakap nak tulis 6 cara mencari ketenangan,tapi aku tulis 4 je..itu disebabkan jibun-jibun di sekelilingku yang mengacau konsentrasi aku..jadi aku pun dah terlupa yang aku tulis 4 ke 6..terus publish je..


berbalik kepada hal yang tak berapa nak penting kita tadi,haritu entah bila hari dan waktunya,yang aku tahu tengahhari..adalah makcik- makcik ni datang bertandang kat rumah aku*kawan opah aku la..Aku yang tengah syok tengok citer hindustan kat tv 3 terpaksalah berhenti tengok,kene buat air.aduss!!memang potong stim betullah mak cik ni kann??tengah sedap-sedap layan golek-golek citer hindustan tu...Tapi takpe.disebabkan aku teringat kata-kata ustaz Kazim: "kalau kita layan tetamu dengan baik,dosa-dosa kita akan keluar bersama tetamu itu dan berguguran di jalanan."Itu jelah yang buat aku bersabar dengan makcik ni...tapii..masa aku tengah buat air,aku terdengar adegan kutuk mengutuk sedang berjalan dengan gemilangnya di ruang tamu..aku yang memang semulajadi ''busy body''pun curik-curik dengar.*teruk,kan??Tak berapa clear..tapi jelas yang diorang sedang memakan daging saudaranya sendiri*maksud aku faham-faham lah kan..bukannya aku cakap diorang tu pontianak kelaparan yang cari daging manusia untuk diratah..tapi mengumpat!cewahhh..cewahhh!!nasib baik opah aku tak cakap apa-apa,cuma dengar je..

Cuma tulah yang aku nak cakap,diorang ni nak tolong bawak aku dosa keluar ke,nak bawak masuk dosa diorang kat rumah aku?kalau sekadar datang nak bercakap perkara yang sia-sia,tak payahlah tunjuk baik konon-konon nak berziarah..kalau dah rasa sedap sangat makan daging saudara sendiri,tak perlu nak kongsikan daging tu dengan orang lain.

p/s:lain kali jangan datang rumah orang bawak perkataan yang sia-sia,bawak lah kuih ke,buah ke kan sedap dimakan, takdelah mengabihkan borehh je nak hidang-hidang untuk tetamu,tapi tetamu pulak bagi sebakul dosa untuk tuan rumah.Tak payah ziarah pun tak pe kalau cenggitu.

1 comment: